Wednesday 21 March 2012

dia berdakwah, dia juga pengatur rumah tangga

diusung kelembutan jiwa
tangkas mengorak langkah
untuk menggapai tujuan yg mulia
menuju ke taman syurga

di bibir manisnya
terpapar makna yg murni
tiada erti penat & lelah
walau diri perit menanti

terukir sebuah pancaran senyuman
yg dihulur buat suami & anak-anak
tidak pernah mengadu lelah
sehingga diri bersujud menghadapi ilahi

lngkahnya menuju tugasan mulia
walau berjam perjalanan lamanya
walau ada mulut yg menggatal
mengeluarkan makna sinis
ditepis dengan penuh hikmah
tiada ungkapan sinis yg di hiraukan
oleh manusia yg kecundang

di saat tangisan malam si anak kecil
dia bingkas bangun mendodoi manja
walaupun terasa diri payah
semua i2 diatur bijaksana
tanpa rungutan yg mendesing
tanpa keluhan yg perit

langkah demi langkah diatur teguh
walau ada manusia yg mengeluh
dia tampil menghulur kebenaran ilahi
walau manusia tidak menyakini

kemuliaan ingin digapai
mardhatillah digenggam erat
buat kehidupan akhirat
bersama keluarga yg dibina sakinah

dia se0rang pendakwah
dia se0rang wanita
dia se0rang isteri
dia juga se0rang ibu

genggamannya menggegar dunia
dia penggerak generasi unggul belia
yg layak digilap teguh
buat ummah yg gemuruh

baginda bersabda:
yg dihulurkan buat wanita sollehah
wanita solehah yg bidadari cemburu padanya
krana ketaqwaannya sang pencipta
buat tauladan kepada ummah..

"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN, & SEBAIK BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA S0LEHAH

Tuesday 20 March 2012

indahnya

kau di gelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yg biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yg rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yg teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dari bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok
jika datangnya dari kayu yg bengkok
begitulah peribadi yg dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupon pujian
kelak tidak derita berharap pada yg binasa

ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan...

Wednesday 15 February 2012

anda semua adalah istimewa

setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu.. biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu & ayah.. biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa.. oleh sebab i2lah ALLAH masih membenarkan kita hidup bernyawa.. jika ada satu perkara yg harus di sedari supaya kita tidak berasa lemah, i2lah dia "WE ARE SPECIAL".. kita punya akal.. jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini.. akal adalah anugerah ALLAH yg tidak terhingga.. ia membezakan antara manusia dengan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan.. manusia yg sering menghina diri sendiri & bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat ALLAH.. dia tidak tahu menghargai nikmat akal yg di anugerahkan kepadanya.. seolah-olah penghormatan ALLAH i2 tidak mahu di terima & di anggap tidak bernilai.. "aku bodoh mereka pandai...aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat.." orang yg tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yg tidak tahu berterima kasih & bersyukur kepada ALLAH.. maka menyedari bahawa kamu semua adalah istimewa adalah jalan menuju kesyukuran..

firman ALLAH:
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.) surah at-tin

keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan ALLAH, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka ALLAH & menjatuhkan martabatkita di sisi-NYA..

fiman ALLAH:
"kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua @ menyalahkangunakan kelengkapan itu), kami kembalikan  dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yg rendah..surah at-tin

apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur.. kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti & taat kepada ALLAH.. kesedaran i2 akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan & menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah.. kita tidak lagi merasa sedih & lemah di sisi manusia.. bahkan, itulah yg di kehendaki ALLAH.. kesimpulannya, ada 1001 sebab yg boley kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa kamu semua adalah istimewa...

Friday 3 February 2012

wahai muslimah...

para muslimah penggegar ummah, tubuh kalian itu walaupun mungkin nampak lemah, tapi janganlah di korbankan maruah pada lelaki yang membeli engkau dengan harga yang murah..
yang melamar mu melalui facebook, sms, emel, tidakkkah kalian lihat mereka telah merendahkan nilai diri kalian..

janganlah mudah tertarik dengan kebaikkan yang terlindung, kalian belum benar2 kenal yang terselindung,lelaki begini hanya melamarmu untuk ke neraka ALLAH, bukan ingin memimpinmu ke syurga..

wanita solehah adalah penggegar dunia, dengan solehahnya membuatkan syurga rindu kepadanya..dengan peribadi dia, seluruh dunia terselamat dari derita..
puteri2  MARYAM & ASIAH, yang bakal menjejak langkah SAIDATINA FATIMAH & KHADIJAH, kalian adalah yang tertinggi di sisi ALLAH..kiranya kalian tampil sebagai mukminah..

tapi dirimu kalau tidak di pelihara syakhsiah, ramai bakal terjerat dalam medan fitnah.

wanita termahal di dunia, adalah wanita yang menjaga imannya di saat yang lain merebut anugerah dunia, dia sibuk mengejar anugerah di syurga..
dunia tidak lengkap tanpa wanita, senyum indah mereka membangkitkan cinta, tiap bait kata mereka bak mutiara berharga..

tetapi siapakah wanita termahal di dunia.??

wanita termahal adalah yang akrab dengan dia, sinarnya umpama sang suria, dunia bahagia dengan adanya mereka, dunia gelap tanpa mereka..
wanita yang membahagiakan dunia adalah wanita yang tampil dengan imannya..

wahai wanita jadilah seperti NASIBAH BT KAAB, mujahidah perkasa yang tidak ada gentarnya, di mana nabi ada di situlah beliau berada, daripada seorang tukang rawat hinggalah senjata turut di angkat, tangisnya bukan krana hilang anak & suami di medan perang, tetapi krana sudah tidak ada wakil yang ingin dihantarnya ke syurga..

bahagia bukan bila dirinya ceria...tetapi bila wanita sepertinya ada sumbangan untuk ummahnya..
jangan bunuh masa depan akhirat mu dengan dosa & maksiat...isilah masa sekarang dengan iman untuk masa depan yang penuh kebahagiaan..

mudah mudahan kamu semua menjadi harapan yang di banggakan kekasih ALLAH...
i'allah...amin...

Thursday 19 January 2012

khas untuk teman2 seperjuangan

meskipun hati manusia i2 cukup unik, namun ianya juga sangat sensitif

jangan mudah memberi @ meletakkan harapan yg terlalu tinggi di atas sesuatu yg belum pasti, seandainya tidak berani menghadapi kenyataannya nati..
sesungguhnya sesuatu yg belum pasti, tiada sesiapapun yg dapat mengetahui apa yg akan terjadi melainkan ilahi..maka sandarkan harapan itu kepada ilahi, krana dia maha berkuasa atas segala-galanya di dunia ini..

jangan di serahkan sesuatu harapan kepada manusia, & janganlah pula meletakkan pergantungan terhadap mereka, krana hakikat manusia i2 tetap hambanya yg lemah selama-lamanya..

jika kamu menyerahkan  hatimu kepada manusia, belum pasti hatie i2 akan bahagia, &tidak mustahil ia akan menderita, krana hatie yg sempurna boley binasa krana manusia..

namun jika di serahkan hatimu kepada ALLAH TAALA, sudah pasti hatie i2 akan bahagia, & mustahil ia akan menderita, krana hatie yg retak mampu sembuh dgan sempurna, di sebabkan ALLAH TAALA yg telah menciptakan ia dari tiada kepada ada..

"dan apa saja nikmat yg ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kenudharatan, maka hanya kepadanya lah kamu meminta pertolongan."[AN-NAHL ]

mintalah petunjuk & pertolongan dari Allah taala, krana dia yg maha berkuasa mentakdirkan sesuatu perkara..

Friday 13 January 2012

teman seperjuangan duiu & mtiu




teman2 yg bersama harungi asam garam perjuangan...terima kasih teman2 ku..aku sentiasa hargai saat2 indah kita semua...teman2 di duiu & mtiu....indahnya ukhuwah krananya...









mengharungi samudera kehidupan, kita ibarat para pengembara..
hidup ini adalah perjuangan, tiada masa untuk berpangku tangan..
setiap titik peluh & darah, tak akan di telan masa..
seguris luka di jalan ALLAH, akan menjadi saksi pengorbanan..
ALLAH adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami..
al-quran pedoman kami, jihad adalah jalan perjuangan kami..
mati di jalan ALLAH adalah cita2 kami semua...

mengapa hawa tercipta saat adam tertidur

seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci..sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang & cintanya..seandainya Hawa di ciptakan dari Adam a.s saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.. akan tetapi Hawa di ciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit & tidak membenci Hawa.. sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian di hadapannya, namun semakin sayang & cintanya kepada anak yg di lahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya..

sesungguhnya ALLAH menciptakan Hawa dari tulang rusuk yg bengkok yg tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani).. oleh krana i2, tugas Hawa adalah menjaga Qalbu.. kemudian ALLAH menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yg kedua.. sementara Adam di ciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, & tukang kayu.. wanita selalu berinterasi dengan perasaan, dengan hatie, & wanita akan menjadi seorang ibu yg penuh kasih sayang, seorang saudari yg penyayang, seorang putri yg manja, & seorang isteri yg solehah..

wajib bagi Adam untuk berusaha meluruskan tulang yg bengkok tersebut, seperti di khabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.."jika seorang lelaki meluruskan yg bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yg ada pada diri seorang wanita yg mengalahkan perasaan seoarng lelaki..

maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang di ciptakan seperti i2.. apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, i2 bererti dia sedang menangis dalam hatinya.. apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf, & wanita sulit untuk mencari sesuatu yg dia benci untuk orang yg di sayangi..

hargailah wanita...

persahabatan yg indah

jalinan persahabatan kita abadikan sepanjang zaman,
berpanjangan & berkekalan,
manisnya iman hidup di dalam perjuangan..

kasih sayang ku hadiahkan buatmu teman,
untuk kau simpan ingat ingatan,
jadinya bekalan perjalanan,
hidup di dalam perantauan..

gunung di daki lembah sama di turuni,
kita di uji berulang kali,
nyata setia sebati..

gelap di tempuhi cerah sama di susuri,
cinta yg murni rahmat ilahi,
harumnya kita kecapi..

syukur padamu tuhan,
syukur ku hadiahkan, 
hadiah iman & kasih sayang,
cinta seorang teman..

syukur buatmu teman,
syukur kita di pertemukan,
pengorbanan & kesetian tak mungkin ku lupakan...

10 nasihat Imam Abu Hanifah

1- jangan bakhil @ kedekut krana perangai i2 memalukan
2- jangan pula tamak & berdusta bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
3- sentiasa menghormati & meminta ampun kepada guru juga pendidik
4- sentiasa menziarahi kubur guru & tempat2 berkat
5- bercampur dengan orang yg tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam
6- jangan banyak memaki hamun  & mencela orang lain
7- bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8- jagalah rahsia jiran tetangga & jangan menyebar rahsia yg di amanahkan
9- bencikan perkara yg hina di sisi orang berilmu
10- jangan banyak bercerita @ bercakap krana ia akan menjadi pembohongan

wanita bidadari syurga

kejernihan  wajahmu, sempurna bagai intan permata.
di sanjung serta di hormati, bagai seorang raja.
kesederhanaanmu lebih dari segala kekayaan dunia,
ketakwaan dirimu itu yg membelenggu hatinya,
dianmu bagai emas bertaburan dalam setiap senyumanya.
berucap  memilih tak akan terlaksana,
kepada mereka lelaki dewasa..

wanita solehah penghias dunia,
permata hati pemiliknya,
para suami2 yg soleh & bertaqwa

ya  allah di jalanmu kami berjalan,
wanita solehah sebagai tujuan,
memperbaiki diri sampai menemukan tambatan,
rencanakan dari semua perencanaan yg Engkau berikan,
dalam sujudku selalu memohon keampunan,
untaian doaku mengucap syukur yg tak dapat ku ungkapkan,
dalam solatku aku memohon keteladanan..

wanita solehah penghias dunia,
bidadari syurga
tercantik dari yg paling sempurna..

aku seorang perempuan

bila perempuan itu menangis,  
bukan krana lemah, 
tapi
krana dia sudah habis kuat bertahan dalam lelah..

bila perempuan itu menangis di hadapan orang yg di sayangi,
bukan ingin menunjukkan dia manja,
namun
dia percaya insan itu mampu meredakannya..

bila perempuan itu menangis,
bukan untuk meraih simpati,
dia hanya ingin
menunjukkan bahawa dia juga punya hatie,
jangan mudah untuk menyakiti..

bila perempuan itu menangis,
ketahuilah bahawa hatinya sedang terguris,
dia ingin orang memahami,
sejauh mana rasanya kini,
supaya tiada yg akan mengulangi..

jangan menghina airmatanya,
kau akan melihat airmatanya apabila dia terlalu cinta,
airmatanya juga akan turun tatkala dia bahagia,
dia tidak kuat menahan derita & airmata adalah penawarnya,
sedihnya jua di rawat dengan airmatanya..

wanita kau istimewa
lemah lembut mu adalah kekuatan
yg membahu semangat insan lain di belakang
tutur kata yg lembut tetapi penuh semangat menjadi obor penerang gelap

(aku bangga menjadi seorang wanita)