Wednesday 15 February 2012

anda semua adalah istimewa

setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu.. biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu & ayah.. biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa.. oleh sebab i2lah ALLAH masih membenarkan kita hidup bernyawa.. jika ada satu perkara yg harus di sedari supaya kita tidak berasa lemah, i2lah dia "WE ARE SPECIAL".. kita punya akal.. jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini.. akal adalah anugerah ALLAH yg tidak terhingga.. ia membezakan antara manusia dengan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan.. manusia yg sering menghina diri sendiri & bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat ALLAH.. dia tidak tahu menghargai nikmat akal yg di anugerahkan kepadanya.. seolah-olah penghormatan ALLAH i2 tidak mahu di terima & di anggap tidak bernilai.. "aku bodoh mereka pandai...aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat.." orang yg tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yg tidak tahu berterima kasih & bersyukur kepada ALLAH.. maka menyedari bahawa kamu semua adalah istimewa adalah jalan menuju kesyukuran..

firman ALLAH:
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yg sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.) surah at-tin

keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan ALLAH, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka ALLAH & menjatuhkan martabatkita di sisi-NYA..

fiman ALLAH:
"kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua @ menyalahkangunakan kelengkapan itu), kami kembalikan  dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yg rendah..surah at-tin

apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur.. kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti & taat kepada ALLAH.. kesedaran i2 akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan & menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah.. kita tidak lagi merasa sedih & lemah di sisi manusia.. bahkan, itulah yg di kehendaki ALLAH.. kesimpulannya, ada 1001 sebab yg boley kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa kamu semua adalah istimewa...