Saturday 25 June 2011

kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupan.. tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari
kerana ia merupakan perpintaan suatu ketentuan.. begitu juga dalam kehidupan insan, bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan ilahi yg harus di terima dengan hatie yg jernih..

TIADA TEKANAN...TIADA BERLIAN

sesuatu yg menjadi impian tak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yg tak di duga seringkali berlaku dengan tiba-tiba.. biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tapi usah kita ketawa memanjang krana kemenangan yg belum pasti untuk selamanya..tiada abid yg maksum tanpa dosa,
apalagi bila berjiwa remaja.. namun kegagalan bukan mengajar erti kekalahan tetapi mengingatkan kita kepada kemenangan yg masih tertunda.. mungkin hari ini kita kuat dan selesa, tapi tak mustahil esok kita rebah tak berdaya..

esok milik siapa???

semalam telah berlalu pergi dari sanubari, bersama lipatan kisah seribu liku.. esok memang tidak pernah menjanjikan apa-apa.. namun ingatlah, janji khalik itu benar belaka, akan rugilah buat yang tidak pernah endah pada waktu tetapi ingatlah, betapa bahagianya yang mengisi masa dalam ketekulan beramal bersama ilmu dan taqwa..
oleh itu.
terjawablah soalan ini, bahawa esok adalah buat mereka yang tidak malas mengatur langkah bersama derap masa..

Friday 24 June 2011

bulan rejap kian hampir melabuhkan tirainya..maka semakin terasa dekatnya

Monday 20 June 2011

kenangan bersama..

di sini kita pernah bertemu, mencari warna seindaah pelangi, ketika kau menghulurkan tangan mu membawa ku kearah yg baru, kini hati ku ceria..kini dengarkan lah dendangan lagu tanda ingatan ku kepada mu, moga ikatan ukhuwah kan bersimpul padu..kenangan bersama mu tak akan ku lupakan walau badai datang melanda, walau bercerai jasad dan nyawa..

Sunday 19 June 2011

keperibadian seorang yg berilmu

sesungguhnya nilai seorang mukmin diukur berdasarkan peribadi dan perwatakkannya, nilai ini bertambah tinggi dgan meninggikan sifat-sifat terpuji pada dirinya..sebagai seorang yg mengaku muslim dan merasa dirinya mukmin, kita seharusnya menghalusi sifat-sifat yg bernilai tinggi dan menghayatinya ini krana tak ada satu agama pun di dunia ini yg mentarbiahkan manusia secara sempurna kearah sifat-sifat terpuji selain daripada agama islam..


untuk menjadi seorang mukmin yg bernilai tinggi dari segi keperibadianya, seseorang itu seharusnya selalu meniliki kekurangan diri dan memandang dirinya hina serta memandang mulia orang lain sebagai pintu gerbang kearah akhlak yg permai, dia patut selalu mengembalikan kelebihan dirinya kepada ALLAH, dialah yg telah menganugerahkan itu sebagai ujian baginya...


adapun kelemahan atau kekurangan orang lain terhadapnya perlu di anggap sebagai ujian kesabaran, jika perasaan itu telah masuk kedalam petak hatinya, maka bersedia lah krana nanty dia akan menyusuri lorong-lorong akhlak yg lebih tinggi lagi..
ya ALLAH aku rindu sahabatku ini, sampaikan ingatan rindu dari jauh ini setulus hati buat sahabat pada jalanmu..pelihara ukhuwah kami agar kekal mekar berpaksikan cintamu..bertemu kami dalam takdirmu, berpisah kami dengan izinmu, moga bertemu di jannah firdausmu..(amiin0

marhaban ya shodiqati

seindah putaran cinta dunia, yg sentiasa menjadi idaman manusia yg berjiwa kerdil.. terselitnya jiwa-jiwa yg perlukan cinta agung, terselit jua hati-hati yg rindu berukhuwah kerana ALLAH, yg rindunya makin mendalam, tapi buntu kerana jalan ke arah cinta-nya terlalu berliku...moga ukhuwah ini menjanjikan kita seinfiniti cinta ILAHI dan kejayaan ukhuwah fillah yg tulus suci. ukhuwah yg suci pasti kekal menuju firdausi...(amiin)