Wednesday 21 March 2012

dia berdakwah, dia juga pengatur rumah tangga

diusung kelembutan jiwa
tangkas mengorak langkah
untuk menggapai tujuan yg mulia
menuju ke taman syurga

di bibir manisnya
terpapar makna yg murni
tiada erti penat & lelah
walau diri perit menanti

terukir sebuah pancaran senyuman
yg dihulur buat suami & anak-anak
tidak pernah mengadu lelah
sehingga diri bersujud menghadapi ilahi

lngkahnya menuju tugasan mulia
walau berjam perjalanan lamanya
walau ada mulut yg menggatal
mengeluarkan makna sinis
ditepis dengan penuh hikmah
tiada ungkapan sinis yg di hiraukan
oleh manusia yg kecundang

di saat tangisan malam si anak kecil
dia bingkas bangun mendodoi manja
walaupun terasa diri payah
semua i2 diatur bijaksana
tanpa rungutan yg mendesing
tanpa keluhan yg perit

langkah demi langkah diatur teguh
walau ada manusia yg mengeluh
dia tampil menghulur kebenaran ilahi
walau manusia tidak menyakini

kemuliaan ingin digapai
mardhatillah digenggam erat
buat kehidupan akhirat
bersama keluarga yg dibina sakinah

dia se0rang pendakwah
dia se0rang wanita
dia se0rang isteri
dia juga se0rang ibu

genggamannya menggegar dunia
dia penggerak generasi unggul belia
yg layak digilap teguh
buat ummah yg gemuruh

baginda bersabda:
yg dihulurkan buat wanita sollehah
wanita solehah yg bidadari cemburu padanya
krana ketaqwaannya sang pencipta
buat tauladan kepada ummah..

"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN, & SEBAIK BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA S0LEHAH

Tuesday 20 March 2012

indahnya

kau di gelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yg biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yg rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yg teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dari bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok
jika datangnya dari kayu yg bengkok
begitulah peribadi yg dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupon pujian
kelak tidak derita berharap pada yg binasa

ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan...