teratak seorang muslimah

Monday, 23 July 2012

Posted by hananr0sli at 21:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Photo Cube Generator

SHR92 (sky_never_cry)

My photo
hananr0sli
hadharulmaut, Yemen
wahai hati tiada suatu kegembiraan yg kekal bagimu & tiada suatu kesedihan yg dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yg telah hilang.. ukirlah senyuman yg paling manis, krana selain sedekah senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati.. selagi angin berhembus selagi i2lah akan ku bisik kerinduan padamu ILAHI..
View my complete profile
dalam kita melangkah, kekadang di uji dengan ujian yg berat hingga kita terduduk menangis.. PERITNYA TERASA tetapi ketahuilah & renunglah kembalik di dalam diri kita krana mungkin air mata tika itu hadir krana dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak, kerana ada langkah yg tersasar dari keikhlasan.. MOGA KITA SENTIASA TABAH

sejenak aku merenung kisah yg silam
biarlah aku menanggung luka yg dalam
walau berakhir sudah kisah cinta kita
biarlah kau tetap permata dalam hatie ku
sungguh berat bagi diriku
tak tahu mana arah yg di tuju
segala-galanya menjadi tidak menentu
hati ini di selubungi rasa rindu
walau pahit akan ku telan semuanya
namun yg dalam merasa
apa di buat serba tidak ada yg nyata
pastinya kecewa & hampa
aku terus melangkah pergi
hanya bertemankan sekeping hatie
jalanku di penuhi ranjau berduri
sakit tak tertahan membawa luka pedih
di satu sudut aku terdampar
kelu & kesah dalam sedar
pahitnya jiwa ini di selubungi rasa rindu..
[YA ROBBUL A'ALAMIN]

-sky_never_cry-
[AL-YAMANII92]

GADIS IDAMAN...

gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
mahkotanya di liputi tanda KEHAORMATAN,
maruah dirinya di pagari dengan kesopanan,
...dialah puteri indah rupawan..

ketika gadis lain sibuk menghias diri,
dia hias NUR ILAHI pada wajahnya,
ketika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa dengan bersama cintaNYA,
ketika gadis lain sibuk bermadah pujangga,
dia tekun dengan bait2 kata TUHANNYA,
ketika gadis lain sibuk menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
indah di pandang namun sukar di PEGANG,
mulianya krana KETAQWAAN,
cantiknya krana keperibadian AKHLAK MULIA...

[krana itulah dikatakan dia..GADIS IDAMAN..]

-sky_never_cry-
[AL-YAMANII92]

MASA YG BERHARGA

satu detik itu tak sama yg baru berlalu
umpama bayu..
satu detik itu yg
sebelumnya dingin seperti salju beku..

berundur bererti kalah, melangkah bererti pasrah
detik itu bagai riak air di kolam
dilontar,berkocak,berombak..

satu detik itu
emas & kaca manakan serasa
walau di derai manakan sama dgan satu detik itu
Clock Widgets
kehidupan ini di lingkari kemungkinan yg menuntut ketabahan, tidak ada sesiapa pun di antara kita yg mampu menepis pukulan suratan.. tiap musibah yg menimpa tanpa di duga itu sebenarnya adalah dari ALLAH, lalu hatie harus di ajak agar pasrah & rela dengan ketentuannya..

INSAN KERINDUAN

embun malam yg menyentuh
membasahi dedaun yg keruh
menghibur hatie yg gemuruh
membangkitkan cinta yg kian luluh
aku ingin cinta bangkit kembali
tidak lagi hidup terbelit
aku ingin cinta tumbuh kembali
tidak lagi tercampur keruh
aku ingin merasakan embun malam
menggali cinta yg terpendam
menuju esok yg penuh kebahagian
yg tak lagi kenal kesengsaraan
aku ingin embun malam membasahiku
menghibur hatie yg pilu
aku ingin hidup kembali
di atas cinta yg tak pernah redup...

-sky_never_cry-
[AL-YAMANII92]

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

mengertilah wahai diri
usah selalu mempersoalkan apa yg terjadi'
fahamilah serta cubalah mengerti
semuanya salah sendiri
tidak pun ujian untuk memantapkan hatie
pernahkah kau bertanya mengapa ia terjadi
@ pun hanya mempersoalkan serta melarikan diri
berhentilah & merenung
biarkan semuanya berlalu pergi
asalkan kau menemui arah tujumu nanti
usahlah berlari tanpa arah tuju yg pasti
berhenti & pilihlah jalan terbaik untuk di tempuhi
krana pada akhir nanti
semuanya hanya kau menanggungnya sendiri..

berhentilah, berfikirlah, merenunglah
semuanya akan berakhir juga
yg di tanya akan di pertanggungjawabkan bukan mereka
tidak lain tidak bukan melainkan kita juga
[SEMOGA BERMANFAAT]

-sky_never_cry-
[AL-YAMANII92]

Blog Archive

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  07/22 - 07/29 (1)
      • No title
    • ►  03/18 - 03/25 (2)
    • ►  02/12 - 02/19 (1)
    • ►  01/29 - 02/05 (1)
    • ►  01/15 - 01/22 (2)
    • ►  01/08 - 01/15 (6)
  • ►  2011 (21)
    • ►  10/16 - 10/23 (1)
    • ►  07/24 - 07/31 (10)
    • ►  06/26 - 07/03 (3)
    • ►  06/19 - 06/26 (7)

syukron ya shodiqoti

wanita bagaikan semalu

pada suatu hari, rasulullah s.a.w berjalan2 bersama puteri baginda saidatina fatimah r.a..setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar, fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yg marah..rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita..fatimah terkejut, rasulullah menyambung lagi,para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek; PERTAMA (pohon semalu akan kuncup apabila disentuh..ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).. KEDUA (semalu mempunyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya..oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.. KETIGA (semalu juga mempunyai akar tunjang yg sangat kuat dan mencengkam bumi..ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sangat kuat dengan ALLAH RABBUL A'LAMIN.. KEEMPAT (semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang..oleh itu para wanita sekelian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..[AMBILLAH PENGAJARAN DARI SEMALU WALAUPUN IA HANYA SEPOHON TUMBUHAN YG KECIL]
Gratisan Musik



muzik. Picture Window theme. Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.