Friday 13 January 2012

aku seorang perempuan

bila perempuan itu menangis,  
bukan krana lemah, 
tapi
krana dia sudah habis kuat bertahan dalam lelah..

bila perempuan itu menangis di hadapan orang yg di sayangi,
bukan ingin menunjukkan dia manja,
namun
dia percaya insan itu mampu meredakannya..

bila perempuan itu menangis,
bukan untuk meraih simpati,
dia hanya ingin
menunjukkan bahawa dia juga punya hatie,
jangan mudah untuk menyakiti..

bila perempuan itu menangis,
ketahuilah bahawa hatinya sedang terguris,
dia ingin orang memahami,
sejauh mana rasanya kini,
supaya tiada yg akan mengulangi..

jangan menghina airmatanya,
kau akan melihat airmatanya apabila dia terlalu cinta,
airmatanya juga akan turun tatkala dia bahagia,
dia tidak kuat menahan derita & airmata adalah penawarnya,
sedihnya jua di rawat dengan airmatanya..

wanita kau istimewa
lemah lembut mu adalah kekuatan
yg membahu semangat insan lain di belakang
tutur kata yg lembut tetapi penuh semangat menjadi obor penerang gelap

(aku bangga menjadi seorang wanita)


No comments:

Post a Comment