Monday 25 July 2011

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUKMU YG HILANG

andai aku adalah tulang rusukmu yg telah hilang,aku berharap....
jika nanti ALLAH mempertemukan kita,
kau akan selalu membimbingku,
agar aku menjadi wanita yg solehah,
yg nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga,
krana aku ingin kita akan di satukan di dunia & akhirat...

andai kau di takdirkan menjadi ayah buat anakku,
jadilah ayah yg bisa mendidik anak kita,
agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia & akhirat,
iaitu anak yg soleh solehah,
yg boley menjunjung tinggi AGAMA ALLAH..

andai engkau di takdirkan untukku,
ku harap kau boley menjadi imam buatku & anakku,
kau boleh menjadi pemimpin yg baik dalam rumah tangga kita,
kau boley mencintaiku seadanya,
dan boley menyikapi kekuranganku dgan penuh kebijaksanaan..

dan andai aku salah,
tegurlah aku dgan kata-katamu yg penuh kelembutan,
andai aku marah,
belailah rambutku dgan penuh kasih sayangmu,
agar marahku boley berubah menjadi kelembutan,
andai aku lupa,
ingatkanlah aku dgan penuh kasih sayang,
agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku & anaku kita..

KERANA...
aku hanya mengharapkan imam yg baik dalam rumah tanggaku,
yg selalu membawaku ke jalan yg di redhoiNYA,
jalan yg menuju syurgaNYA bersama dirimu...
INSYAALAH AMIN.....

[ BUAT BAKAL IMAMKU ]

No comments:

Post a Comment