Tuesday 20 March 2012

indahnya

kau di gelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yg biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yg rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yg teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dari bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok
jika datangnya dari kayu yg bengkok
begitulah peribadi yg dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupon pujian
kelak tidak derita berharap pada yg binasa

ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan...

1 comment: